|
Nota: Kisah pendek rekaan sekadar mengisi masa lapang.
Tetttt…alarm dah bunyi, Aku terjaga. Oh jam menunjukkan pukul 4.44am. Aku nanti nak kena masuk keje jam 6.00 pagi. Di manakah Aku? Aku di lokasi 182,000 km dari planet bumi. Ku capai tuala, ku berus gigi….hmmm…Aku dah teringat pai ayam kat kantin. Itulah kot sarapan Aku nak jamah pagi ni. Suzila interkom Aku, "Wahai Dr. Amir, kau dah sarapan belum? Jangan lambat pagi ni, kita ada urgent projek nak kena execute jam 7.00am". "Baiklah, Aku nak semayang subuh dulu", kataKu.
Berada dalam kapal induk angkasa Malaysia-T588 dengan jarak jauh 182,000km dari bumi, kat situ kau, kat situ lah keje kau. Nak lari mana? Hehehe. Kalau kat bumi, Aku leh tutup henpon, Aku leh lari pegi shopping complex, bertandang rumah kawan, pukul bola golf kat driving range. Kat sini? Muka Suzila lah yang Aku mengadap di samping Big Boss no. 1 Aku dan kawan-kawan yang lain.
Korang nak tau apa keje Dr. Suzila? Dia ni dah macam personal assistant Aku, kadang-kadang tolong Aku kat makmal, adakala macam setiausaha Aku, ye lah dia yang tolong update on writing semua keje-keje Aku kat makmal. Nama je ada pangkat Doktor, tapi kat sini semua macam tu, level-level Doktor je dibenarkan berada dalam kapal angkasa ni walaupun keje menyediakan sarapan kat kantin. Keje Aku plak? Oh ya, Aku bekerja sebagai Head of Research Officer dalam kapal angkasa Malaysia-T588 nih. Dah 6 tahun kami kat dalam kapal ni, tak pi mana pun.

Kapal Angkasa Malaysia-T588
Aku keluar dari bilikKu, sambil Aku berjalan di corridor kapal angkasa menuju ke kantin. Aku amik pai ayam dan Aku duduk di meja di tepi tingkap, menjenguk alam semesta. Subhanallah. Meh Aku citer pasal kapal angkasa Malaysia-T588 nih. Kapal ni dah tentu la dirasmikan oleh PM Malaysia, tapi kali ni Malaysia bukan seperti sebelum tahun 2020, jadi terbalik plak, Queen Elizabeth yang entah ke berapa sanggup turun waktu perasmian tau, negara Malaysia dah jadi macam empayar British, jadi world leader, bukan lagi Commonwealth, tapi Malaysiawealth, kikiki. Kami bertolak 6 tahun sudah pada tanggal 31 Ogos 2086, sesuai pada tanggal Hari Kemerdekaan. Orang-orang kat Malaysia merdeka jalan-jalan, kami pulak terbang ke langit keskeskes. Apa boleh buat sudah tugasan. Kapal ni dibina dari perkongsian dana dari beberapa negara dengan harga kos RM55 billion, mahal woo. Pelabur-pelabur bukan lagi dari negara France, German, USA dan UK macam dulu-dulu, tapi dari negara-negara OIC! Ya, OIC, negara-negara OIC. Tapi pada abad sekarang ni, OIC dah bertukar nama jadi OIB, Organisasi Islamik Berkuasa. Bagaimana negara-negara OIC/OIB boleh maju? Aku boleh hint skit jer: New Andalusia telah kembali!
Eh, lupa plak Aku nak citer pasal fungsi kapal angkasa Malaysia-T588 ni. Kapal ni dibina bertujuan untuk membuat kaji selidik tentang duality robot, konsep ekstensi robot makro dan mikro dan pembinaan planet baru. Duality? Ia berkaitan dengan robot yang telah kami cipta, model MY300 yang bersambungan dengan kerangka server mainframe kami. Jumlah keseluruhan robot ni dalam 5000 buah dan menyamai seperti manusia, lagipun sejak tahun 2000, iaitu 92 tahun yang lalu, teknologi pengklonan bertambah pesat, tapi pengklonan kami tak melibatkan pengklonan biologi, hanya otak ala otak biologi jer dengan struktur badan menggunakan bio-mekanikal. Planet baru yang kami bina tu bukanlah besar sangat, diameter dalam 3000km jer, lebih kurang besar bulan. Kos yang paling mahal itulah, nak bina planet siap dengan gunung-ganang tiruan, sungai tiruan, hutan tiruan dan sebagainya, sampai 28 negara terlibat hantar batuan-batuan, nasib baik teknologi anti-gravity dah ada, semua kapal-kapal traktor angkasa bertolak dari Antartika. Aku pun tak tau mana dorang dapat batuan tu, dengarnya dari serpihan asteroid di Kuiper Belt yang terletak antara Mars dan Jupiter. Planet ni kami beri nama Planet Prosed. Prosed tu maksudnya Projek Sedunia iaitu projek kedua yang terhebat selepas CERN. Jangan plak korang ingat namanya Planet Worpro, World Project. Aii, time ni bahasa mat saleh dah jadi bahasa nombor dua sedunia tau, hehe.
Aku masih lagi menjenguk kat luar tingkap, sambil dok tunggu Suzila. Aku takleh masuk makmal tanpa Suzila, memang itu proses verifikasi, kena sentuh anak mata biometrik kalau nak bukak pintu makmal, iaitu anak mata Aku dan Suzila. Yelah kan, hanya anak mata saja yang boleh membezakan dengan mata buatan yang dibina pada klon-klon tu, manalah tau dorang menyelinap masuk senyap-senyap ke makmal, bahaya tuh. Tingkap kat depanKu, hmm…indah sungguh alam semesta, kelihatan kat depan Aku Nebula Helang, wahh!! Matahari dah terlalu jauh dari kami, tapi kami ada matahari lain, yelah bintang lain yang bersinar yang berdekatan pun sebenarnya matahari juga. Citer pasal alam semesta ni, Aku teringat waktu mula-mula terlibat dalam penyelidikan dengan rakan-rakanKu, iaitu kumpulan bintang Pleaides. Macam-macam hipotesis yang kuar, kat situ ada penempatan makhluk cahaya lah, "people of the light" lah, hehehe macam-macam! Namun, itulah ragam terindahKu waktu dulu-dulu dok mencari maklumat pasal rahsia-rahsia alam nih.

Nebula Helang
"Oit bro, hang dah lama tunggu ka?", tanya Suzila.
"Baru 10 minit je Dr. Suzila", kataKu. Aku dengan Suzila ni dah macam kawan-kawan.
Kami pun berjalan ke makmal. Dah lama Aku kenai Suzila nih, kadang-kadang fikir macam nak dibuat teman sehidup jer, tapi kami dah berjanji jangan berciter bab ni sampai kami balik semula ke bumi, lagipun memang tugasan kami nak selesaikan projek RM55 billion nih. Dagu Ku dan dagu Suzila diletakkan di atas port biometrik. Tringggg…Pengesahan Anak Mata Selesai, Sila Masuk ke Ruang Makmal. Tuh dia, ramai betul hari ni, ingatkan kami yang sampai dulu. Aku dan Suzila menuju ke Pusat Kawalan Utama. Kelihatan Samad di bahagian Pusat Kawalan Perasaan, Rizal di Pusat Kawalan Deria, Johan di Pusat Kawalan Tenaga, Azmira di Pusat Kawalan Memori, Dania di Pusat Kawalan Otak dan Adli serta rakan-rakannya di Pusat Kawalan Planet. Boss no. 1 Aku belum sampai.
"Nih ada mesej text dari Boss no. 1", kata Suzila.
Aik, apa arahan Dia?
"Katanya, kau kena uruskan projek tanpa Dia sebab Dia hanya akan perati dari jauh saja, ko tau la dia kan big Boss", jelas Suzila padaKu.
Ok, arahan pertama dah dapat. Lagi 20 minit projek akan dilancarkan.
"Mana semua jadual arahan untuk Aku?" tanyaKu pada Suzila.
"Nah…"
Aku mula membuat pengesahan status pusat-pusat kawalan yang lain.
Aku: Adli di Pusat Kawalan Planet, berikan status terbaru?
Adli: Semua sudah diperiksa, masalah ketidak seimbangan angin dan ribut di lokasi GH61 planet Prosed dah selesai.
Aku: Baik. Dania di Pusat Kawalan Otak, berikan status terbaru?
Dania: 99 juta nama dan butiran tentang objek-objek yang ada di planet Prosed berjaya di load kan untuk setiap 5000 unit robot MY300 dan berakhir sejak 2 jam tadi. Tapi, nama-nama dan butiran tersebut hanya akan diperolehi mengikut pada pengalaman robot-robot tersebut dalam menjalani ‘kehidupan’ di planet Prosed.
Aku: Bagus. Azmira di Pusat Kawalan Memori, sila bagi laporan?
Azmira: Semua 5000 unit robot telah di reset kan memori termasuk memori mereka semasa berada di kapal angkasa ini. Memori mereka semasa berada bersama kita dulu juga telah di reset kan. Cuma, memori tentang sejarah silam planet Prosed jer yang dimasukkan.
Aku: Baik. Rizal di Pusat Kawalan Deria pula bagaimana?
Rizal: Selesai, hanya menunggu Johan di Pusat Kawalan Tenaga untuk menyalurkan tenaga elektrik ke sistem deria elektronik mereka.
Aku: Ok. Samad di Pusat Kawalan Perasaan, status terkini?
Samad: Kesemua 5000 buah robot perasaan mereka sedang dalam keseimbangan atau neutral sebab belum diaktifkan deria mereka untuk merasa tinggal di planet Prosed tu.
Aku: Bagus. Kekalkan tahap neutral tu sehingga projek dilancarkan. Johan, sudah bersedia dengan keupayaan tenaga yang ada untuk dibekalkan pada 5000 robot tu?
Johan: Sudah Dr. Amir, kesemua saluran tenaga ni ialah tenaga unlimited alam yang takkan habis dan dibekalkan melalui gelombang Wina yang tidak nampak pada pandangan robot-robot tersebut.
Aku: Ya, begitulah.
Sebenarnya, projek kami ni dicadangkan oleh Aku, dan projek ini akan mengumpul seberapa banyak maklumat tentang apa yang dilalui oleh robot-robot kami:
………….Apa yang dirasai oleh mereka.
………….Apa yang dapat dilakukan oleh mereka tanpa kami, iaitu ekstensi makro di Pusat Kawalan Utama dan ekstensi mikro melalui deria, perasaan, memori dan otak mereka.
………….Apa yang dapat dirasai oleh mereka juga dapat dirasai oleh kami yang membawa kepada konsep duality tapi masing-masing berada dalam dua alam atau keadaan yang berbeza.
………….Bagaimana hubungan antara mereka dan kami yang berada di Pusat Kawalan serta apa yang kami mahukan.
………….Melihat keupayaan robot-robot tersebut yang mana setiap robot dicipta dengan fungsi yang berbeza-beza. Dan disebalik fungsi tersebut, yang mana yang lebih berkualiti.
………….Setiap dari robot tu juga kami masukkan memori kami sendiri yang berada di Pusat Kawalan ni berserta 5,000 lagi sukarelawan yang memperhatikan dari jauh yang menyumbangkan memori mereka kepada robot-robot tersebut.
Aku plak? Bagaimana laporan Aku tentang Pusat Kawalan Utama? Asik dorang jer hantar laporan hehe. Ok, Aku pula berada di Pusat Kawalan Utama. Pusat ni mengendalikan Butang Pelancaran serta mengumpul semua maklumat tentang pengalaman apa yang dilalui, dirasai, dihadapi dan diperolehi oleh robot-robot tu dan disimpan di dalam kerangka mainframe server. Oh ya, di sini ada 3 butang ’spesel’ iaitu Butang Pertolongan, Butang Online dan Butang UCM. Butang Pertolongan pula ada dua jenis, satu yang akan diaktifkan serentak dengan pelancaran, satu lagi akan diaktifkan pada masa-masa tertentu. Dan, ehem, hanya Aku je yang leh tekan semua butang-butang tu, maklumlah Aku kan Big Boss no.2, keskes. Ok, korang nak tau apakah maksud UCM? Hanya "U" saja yang Aku leh kasi hint…"U" ialah Ular….bersambung..
Copyright © 2009 CZ.
|