Obama vs McCain
|
Saya anggarkan Mccain dan Sarah Palin yang akan menang walaupun Obama yang mendahului. Palin sendiri pernah menyatakan minatnya pada future phenomena dunia. Samada minat yang cenderung ke arah kemusnahan atau keamanan. Mccain juga disokong penuh oleh Gabenor California iaitu Arnold Schwarzenegger yang terkenal dengan filem-filem yang anti-Islam dan dunia Arab. Ada lagi sebab-sebab yang lain, tapi kita tunggu sajalah keputusannya nanti. Tapi, ini hanya anggaran saya saja. Mungkin tidak benar. Lain orang, lain pendapat. Ada juga yang mengatakan sekiranya Obama menang, mungkin tidak lama dan bakal berakhir seperti JFK. Barisan yahudi yang berada di belakang tabir di dalam pentadbiran US tetap juga belakang tabir walau zaman silih berganti tapi pemimpin harus ‘geng’ mereka. Walaupun "Hidden Portfolio" tidak memilih mana-mana parti, tapi adakalanya barisan-barisan tersebut perlu juga memilih calon yang kurang mengganggu gugat masterplan mereka. Dalam hal perancangan vs sokongan manusia sedunia, ternyata mereka kalah dengan perancangan sendiri. Ini membuktikan, kesatuan manusia sedunia dapat mengalahkan perancangan mereka sedikit demi sedikit. Mereka akan tetap juga menangkan calon "Yes Sir" pilihan mereka dengan cara yang kotor menggunakan segala media propaganda, subliminal message dan dana yang ada. Cz: Tidak menyokong mana-mana. Hanya menyokong pemimpin dunia dari kalangan umat Islam yang mengajak ke arah kedamaian. Tapi, seronok juga untuk melibat gelagat barisan-barisan barat yang tersembunyi yang sedang menyusun masterplan mereka bagi perancangan di masa hadapan kerana setiap tindakan mereka dapat membongkarkan rahsia mereka satu-persatu.
|
|
![]() |
![]() |
Popularity: 20% [?]
1 Comment »
RSS feed for comments on this post. TrackBack URL























Saya x pasti hendak ditulis di mana komen ini kerana ianya sekadar komen umum. (bukan berkaitan dgn artikel ini tapi web/blog ini)
Kupasan terhadap sesuatu topik sgt menarik dan bagi saya amat asli. Bahan2nya memang menakjubkan bagai satu kajian terperinci. Gaya penerangannya agak santai bagi sesetangah topik yg menyelitkan gmbar bg memudahkan pembaca memahami maksud yang cuba disampaikan.
Moga teruskan kajian2 begini. Saya akan mengunjungi blog ini sekali-sekala jika berpeluang.
Terima kasih.