Jan
01
2008

About

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada pelawat-pelawat yang berkunjung ke Blog yang tidak seberapa ini. Selama 30 tahun nyawa yang Allah SWT berikan kepada saya (Alhamdulillah), saya diberi peluang untuk melibatkan diri secara peribadi tentang kajian yang melibatkan perkara yang pelik seperti teknologi zaman silam, peristiwa masa hadapan, angkasa lepas, tenaga jati diri, dunia ilusi, dunia matrix/parallel, keagamaan malah tentang UFO dan makhluk asing iaitu sesuatu yang sering dilabel oleh masyarakat sebagai sesuatu yang dongeng, khayalan dan sebagainya. (maaf, ada bahagian sebelum ini yang saya perlu padamkan bagi tujuan privasi). Kepada rakan-rakan sekalian, panggillah saya dengan nick "Cz". Bukan semata-mata saya hendak berdiri di belakang tabir, anggaplah bahawa saya sangat suka dengan perjuangan yang ikhlas, tiada kepentingan baik dari segi wang ringgit, pangkat dan nama. Tahun 2008 ini, saya bakal berusia 31 tahun jika diizinkan Allah. Saya seorang yang amat berminat dengan ilmu pengetahuan yang luar dari kebiasaan yang pernah kita baca sebelum ini. Berkenaan dengan dunia internet, saya telah berkecimpung semenjak dari tahun 1995. Setelah pengamatan melalui kajian, ilham yang tiba-tiba muncul, perbincangan dengan rakan-rakan dan bacaan, saya merasakan seperti "kekurangan" sesuatu iaitu tanggungjawab untuk berkongsi bersama anda tentang semua yang saya dan mungkin anda juga pernah terfikir "perihal sesuatu" sebelum ini. Maaf sekiranya ada waktu-waktu tertentu, penulisan saya mungkin memeningkan anda. Maklumlah, asyik memikir sahaja (dah tak jadi macam orang yang mengalami kehidupan normal), kadang-kadang penulisan serta perkataan/ayat agak kurang tersusun sedikit. InsyaAllah, saya akan cuba kurangkan budaya copy and paste. Akhir kata, saya ucapkan terima kasih kerana mengunjungi blog saya ini.
 
"Laman Blog ini ialah laman bebas iklan, insyaAllah."
 
Tambahan:
 
Kebanyakkan kajian saya lakukan secara peribadi, perbincangan dengan rakan-rakan samada melalui internet atau di luar dan juga berdasarkan ilham yang tiba-tiba muncul dan sempat saya catitkan. Antara kandungan lain yang akan saya masukkan di dalam blog ini juga merupakan catitan atau artikel yang diambil dari internet dan sudah dikaji oleh pihak lain. Tujuan artikel tersebut dimasukkan ke dalam blog ini ialah untuk mengulas sedikit sebanyak berasaskan dari kaca mata atau senario sebagai seorang rakyat Malaysia. Saya juga dapati, perkara-perkara seperti ini jarang sekali dibincangkan oleh kita sebagai rakyat Malaysia tapi menjadi isu yang hangat di USA dan Europe. Anda boleh mengatakan bahawa Islam ialah pelengkap dan mengandungi segala-galanya rahsia alam. Ya, itu amat benar sekali dan saya menyokongnya sebagai seorang muslim. Tapi, bagi saya, tidak ada salahnya untuk kita cuba mengupas lagi dan lagi untuk sesebuah perkara/tajuk tertentu. Jika kita beranggapan bahawa mat salleh sebenarnya ketinggalan kerana segalanya telah ada di dalam Al-Quran, namun bagi saya tidak perlulah kita berkata demikian kerana apa kurangnya pula dengan kita semua yang hanya sebagai manusia biasa sedangkan komputer (PC; personal komputer) yang kita gunakan adalah hasil ciptaan IBM manakala kereta yang kita pandu adalah hasil ciptaan Henry Ford (non-muslim). Saya akan cuba yang terbaik untuk menyajikan anda artikel-artikel yang berguna sebagai rujukan ataupun sebagai bacaan di masa lapang anda. PERLU DIMAKLUMKAN BAHAWA KEBANYAKKAN ARTIKEL DI DALAM BLOG INI MUNGKIN KURANG DISENANGI OLEH SESETENGAH PEMBACA DAN MOHON MAAF DARI SAYA TERLEBIH DAHULU. ADA JUGA ARTIKEL YANG DATANG MELALUI IDEA DAN ILHAM SAYA, MAKA SETELAH ANDA MEMBACANYA, ANDA HARUSLAH BERBINCANG TENTANG ARTIKEL TERSEBUT SUPAYA WUJUDNYA SITUASI "CHECK AND BALANCE" KERANA KITA BAKAL MENYELAMI PEMIKIRAN YANG BENAR-BENAR LUAR DARI KOTAK DAN BERBEZA DARI NORMA KEHIDUPAN BIASA. ARTIKEL-ARTIKEL DI DALAM BLOG INI JUGA TIDAK SESUAI UNTUK PERINGKAT PENDIDIKAN SEKOLAH MELAINKAN JIKA ANDA DAPAT MEMBUKTIKAN BERLANDASKAN KAJIAN PERIBADI ANDA SENDIRI DITAMBAH DENGAN BUKTI DALAM BENTUK RAKAMAN DAN SEBAGAINYA. SEKIRANYA BLOG INI SEBAGAI RUJUKAN PERIBADI SAHAJA, ANGGAPLAH BAHAWA ARTIKEL-ARTIKEL DI SINI SEBAGAI PEMBUKA MINDA UNTUK KITA TERUS BERFIKIR TENTANG KEBESARAN ALLAH SWT.
 
Segala kandungan di dalam laman blog ini boleh dicopy dan diedar semula dengan atau tanpa meletakkan "credit" dari laman AtasBawah.Com. Tujuannya adalah untuk mempercepatkan proses penyampaian. Bagi saya, tidak ada pentingnya pangkat dan nama dalam dunia ilusi ini. Hanya copy dan edar semula artikel yang anda sendiri rasakan berguna dan boleh diterima masyarakat sahaja.
 

"Somewhere"

"In the back of your mind"

"You’ve always known"

"It was true"

Dari induk yang azali itu,
Maka terbitlah Bahagiannya ini.
Jika Induknya itu asalnya MIM,
Maka Bahagiannya ini sama juga itu MIM.

Dia TIADA, tetapi dalam TIADA dia ADA.
Dia ADA dimana-mana, diutara, selatan, timur dan barat.
Dia sentiasa berada dihati kita,
Jika kita mengenal siapakah dia orangnya.

Dia ADA, tetapi dalam ADA dia TIADA.
Dia tersembunyi dari pandangannya kita,
Dia dighaibkan dari pandangan musuh-musuhnya.
Kerana musuh-musuhnya berada dimana-mana.

 
Important Information:
 
 
 

Popularity: 3% [?]

Spread the Word:
  • Digg
  • del.icio.us
  • Netvouz
  • description
  • ThisNext
  • MisterWong
  • Wists
  • blogmarks
  • Technorati
  • YahooMyWeb
  • description
  • De.lirio.us
  • e-mail
  • Facebook
  • Google
  • Live
  • Ma.gnolia
  • MisterWong.DE
  • MyShare
  • Reddit
  • Scoopeo
  • Socialogs
  • StumbleUpon
Written by admin in: Uncategorized |

3 Comments »

  • Secara tak sengaja saya mampir ke web ini.

    Salam kenal dari negeri seberang.

    Comment | 29 November, 2008
  • Postingan pd web ini cukup menarik. Tentunya tak lepas dari pro dan kontra.

    Piasan kata, sekedar tanda perkenalan.
    Dari negeri seberang, kami berpetualang:

    Berburuk sangka bukanlah amaran,
    berbaik sangka sangatlah dianjurkan.
    Berpengharapan thd sesama dg keburukan,
    ibarat doa untuk kebatilan.
    Berjabat tangan untuk mencari kebenaran,
    ibarat perbaikan akan kesalahan.

    Ujaran tauhid bukanlah gurauan.
    Tidak untuk dibanggakan,
    bukan pula untuk jadi mainan.
    Hanya DIA yang jadi sandaran,
    kerelaan hati patutlah dikedepankan.

    Tak hendak mengelak,
    selalu ingin mendekat.
    Selalu berada dalam genggaman,
    DIA yang Maha Suci dan Maha Mensucikan.

    Berserah diri tanda awalan.
    Kesucian hati tanda ketundukan.
    Keikhlasan ini, wujud persatuan.

    Walaupun beda, semua untuk Satu.
    Walaupun tak sama, tapi tetaplah serumpun.

    *Berjabat tangan, tanda persaudaran*

    Comment | 29 November, 2008
  • Selamat berkenalan saudaraku Aryf…. :)

    Comment | 29 November, 2008

RSS feed for comments on this post. TrackBack URL

Leave a comment

Powered by WordPress | Aeros Theme | TheBuckmaker.com WordPress Themes