Yes, a fake unity. Inilah yang sebenarnya agenda-agenda filem US, iaitu menanam di minda separa sedar kita semua sejak dari kecil untuk mempercayai perkara-perkara seperti
UFO mendarat
planet lain seperti Bumi yang terdapat di sistem solar yang lain
ketamadunan makhluk asing yang menetap di planet lain
makhluk asing yang mungkin menyerang bumi bila-bila masa
makhluk asing menculik dan melakukan eksperimen ke atas manusia (tapi tidak pula berlaku di Malaysia, Indonesia, Thailand, Australia dan beberapa negara Eropah termasuk kebanyakkan negara-negara di dunia, hanya berlaku di US sahaja, hehehe)
wujudnya kepelbagaian bangsa dan kaum makhluk asing (Star Trek, Star Wars dan sebagainya memaparkan rupa bentuk makhluk asing yang berbeza-beza)
mewujudkan kepelbagaian teknologi makhluk asing dari primirif seperti dalam filem Alien hinggalah kepada yang maju (filem Predator).
penyakit-penyakit berjangkit "outbreak" yang melibatkan virus pintar.
Semua ini melibatkan ’subliminal program/message’ yang ditanam di dalam minda separa sedar (sub-concious mind). Perkara-perkara yang disenaraikan di atas tidak wujud.
Concious & Sub-Concious Mind
Dalam kehidupan seharian, diketahui bahawa manusia menggunakan hanya tidak sampai 5% sahaja dari keupayaan sebenar minda subconcious (separa sedar) ini. Segala kerja seperti membaca, mengira, melakukan kerja yang mengeluarkan peluh dan sebagainya merupakan kawalan minda sedar (concious mind). Minda subconcious merupakan satu "library" dan juga alat "perakam" kehidupan. Seperti contoh, apabila anda melihat rancangan di TV, tiba-tiba sahaja akan keluar satu imej statik yg muncul dalam 1/10 saat dalam skrin dan hilang. Anda tidak akan sedar kewujudan imej tersebut dan seolah-olah, rancangan TV yang anda saksikan pada mulanya nampak seperti biasa. Sebenarnya, minda subconcious anda saja yang sedar akan perkara ini dan ianya sedang "diprogramkan".
Adalah diketahui bahawa pakar pemasaran produk jualan dan ahli perniagaan menggunakan pendekatan ini bagi "memasukkan" input kewujudan produk mereka di dalam minda pelanggan. Tekniknya ialah memberi saranan lebih dari 6 kali. Apabila lebih dari 6 kali, minda subconcious akan ‘merakam’ walaupun minda concious menolak produk tersebut. Tidak kira untuk apa jenis jenama produk sekali pun baik dari keropok ikan sampailah ke bungalow 12,000 square feet. Teknik yang sama boleh juga digunakan (bagi tujuan baik) untuk menjadikan anak sendiri seorang yg rajin iaitu bercakap padanya sewaktu dia sedang tidur dengan perkataan "Rajin" berkali-kali, maka rajinlah anak tersebut kerana subconcious manusia berfungsi 100% sewaktu sedang tidur (kata-kata ialah satu Doa).
Butiran tentang minda subconcious dan memprogramkan secara teknik ‘haram’ oleh Dajjal akan diterangkan dalam artikel selepas artikel ini.
Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak
menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya. - Al Kahf, ayat 7
Dari ayat 7 tersebut, nyata sekali bahawa segala yang terkandung di alam semesta ini hanyalah perhiasan sahaja, tiada ada apa-apa yang terkandung di langit. UFO dan makhluk asing tidak wujud.
Video ringkasan tentang halatuju sebenar input yang ingin diterapkan oleh US di dalam minda manusia:
Invasion: The Battle for Earth (Part 1)
Lagi sambungan part 2 hingga 5 boleh dilihat di sini untuk penelitian anda:
Apakah perkara yang hendak diterapkan dalam semua video di atas? Tidak lain dan tidak bukan ialah agar:
manusia bersatu di bawah payung US sebaik saja mereka melancarkan projek Blue Beam iaitu melibatkan penggunaan hologram yang nampak begitu ‘real’.
mewujudkan konon-kononnya ‘kuasa luar’ seperti makhluk asing dan apabila mereka muncul, manusia sudah tentu akan bergabung di bawah satu bumbung yang dikelola oleh Dajjal. Dengan cara inilah Dajjal boleh mengukuhkan kedudukannya. Semua ini digelar "False Conciousness".
Semasa saya mula ‘berkenalan’ dengan projek Blue Beam kelolaan US pada tahun lepas, saya ingatkan mustahil kerana dalam minda saya beranggapan bahawa hologram boleh memancarkan satu warna sahaja iaitu hijau atau merah (Rajah 1). Ternyata saya tersilap kerana teknologi warna hijau itu hanya wujud pada tahun 70an dan 80an. Lihat video di bawah (saya betul-betul harap anda melihatnya kerana amat penting):
Lagi video menarik, "menzahirkan" seseorang dalam suatu majlis: Video Hologram 2. Dikatakan bahawa Bill Gates telah "zahir" ke seminar WCIT 2008 anjuran Malaysia menggunakan kaedah ini (UPDATE: Klik sini untuk melihat Bill Gates dalam bentuk hologram di WCIT 2008, Kuala Lumpur). Segala teknologi terbaru yang dicipta amat baik untuk kegunaan manusia, akan tetapi impak keburukannya juga sama besar dengan kebaikannya.
Dari Video-video tersebut, kesemuanya nampak real, kan? Bagaimana pula sekiranya Dajjal menzahirkan pula UFO, makhluk asing, malahan Imam Mahdi palsu? Anda fikirkan.
Dajjal berkehendakkan One World Government, One World Religion, One World Ruler. Caranya? Dengan menggunakan pendekatan projek Blue Beam di mana apabila manusia dalam ketakutan (ilusi optik menipu deria mata), dan dengan pengaruh dalam filem bahawa US ialah penyelamat yang telah diterapkan dalam minda masyarakat sejak dari kecil lagi, maka Dajjal akan datang dengan angkatan tenteranya sebagai ‘Penyelamat’ (sebenarnya penyelamat palsu) dan yang tidak sedar akan perkara ini atau yang lemah jiwanya akan menyahut pertolongan dan mengikut dajjal. Peristiwa 2012, planet Nibiru dan sebagainya merupakan "susunan initial event" kepada projek Blue Beam.
Terus terang saya katakan bahawa cerita-cerita tentang UFOlah yang paling saya kurang minat. Sewaktu kecil, ya, sememangnya saya berminat apatah lagi dengan disajikan cerita Star Wars versi 1970an dan lain-lain akan tetapi sepanjang hidup saya tidak pernah bertemu atau terserempak dengan UFO diangkasa, jadi ‘motivasi’ untuk berminat dengan perihal UFO amatlah kurang sekali. Artikel hari ini bukanlah menghubungkaitkan dengan pengaruh media TV dan movie, hanya untuk menceritakan perihal UFO yang diambil dari kapal angkasa Space Transportation System (STS) kepunyaan pihak NASA yang diambil secara tidak sengaja dan/atau disembunyikan secara sengaja oleh NASA selepas itu. Maaf, saya mungkin tidak akan meletakkan gambar atau video tentang UFO yang diambil secara tidak sengaja oleh orang awam yang berada di bumi kerana bagi pendapat saya, segala yang berada dalam kawasan exosphere, thermosphere, mesosphere, stratosphere dan troposphere kebiasaannya banyak memberi "false alarm" tentang kewujudan UFO. Sebagai contoh, adakalanya ia bukanlah UFO, kemungkinan pantulan cahaya matahari, beberapa ilusi cahaya/optik termasuk peralatan kamera dan sebagainya. Jadi, dengan mengambil klip video yang terdapat dari kapal angkasa STS, lebih jelas lagi kerana ia berada di luar kawasan atmosfera bumi dan tiada ‘permainan’ ilusi cahaya yang terlibat, jika ada pun hanya sedikit kes sahaja.
Klip tersebut menerangkan tentang Tether Satellite iaitu satu kabel yang mempunyai panjang 12 batu (17 km) dan digunakan oleh NASA untuk membuat ujikaji tentang pengumpulan tenaga dari medan elektromagnetik bumi yang akan digunakan sebagai pengganti kepada sistem tujahan berasaskan jet atau bahanapi (jet/rocket propulsion) yang biasa digunakan dalam lapangan aviation. Idea asal tentang tether ini timbul pada hujung 1800 dan menjadi terkenal pada tahun 1960an. Penerangan tentang konsep pengumpulan tenaga elektromagnetik ini boleh dirujuk di sini.
Apabila tether tersebut berjaya di luruskan oleh NASA, beberapa buah UFO kelihatan berlegar-legar di sekitar tether tersebut sehingga menyebabkannya tidak stabil dan bergulung. Terdapat dua teori sebab-sebab kenapa UFO kelihatan iaitu:
Meninjau teknologi terkini ketamadunan manusia
Menyerap tenaga elektromagnetik yang terdapat pada tether
Banyak pendapat mengatakan yang kapal angkasa UFO menggunakan tenaga elektromagnetik sebagai tenaga tujahan dalam menggerakkan kapal angkasa UFO. Disebabkan UFO menggunakan tenaga elektromagnetik, (mungkin juga) mereka dapat memanipulasi daya graviti bumi dan kelihatan terapung (floating/levitate). Contoh seperti UFO yang dikatakan muncul di stesen janakuasa elektrik di Timur Tengah, tidak silap saya pada tahun 1970an. Beberapa pekerja terlihat UFO tersebut menyedut tenaga elektrik dari janakuasa tersebut dan berlalu pergi. Begitu juga dengan UFO yang dirakam oleh kapal angkasa STS dan bergerak ke arah puting beliung yang sarat dengan hujan dan ribut petir untuk menyedut tenaga elektrik yang dijanakan oleh petir dan lapisan ionosphere. Kejadian puting beliung tersebut ada saya lampirkan dalam video-video seterusnya.
Beberapa pendapat diberikan oleh penonton yang melihat video tersebut ialah:
UFO juga kelihatan bergerak di belakang tether.
Jika ianya space debris (sampah angkasa), masakan terlalu banyak sebegitu rupa dan bagaimana (jika ianya) space debris, boleh mempunyai pergerakan tajam (tiba-tiba ke atas, tiba-tiba ke bawah).
Kebanyakkan (yang dikatakan) UFO, bergerak bergerak melintasi tether dan jarang yang lalu hanya di bahagian tepi tether..
Setiap dari rekabentuk (yang dikatakan) space debris itu mempunyai lubang ditengahnya dan berbentuk bulat (sesuai dengan bentuk UFO yang dikatakan berbentuk bulat dan mempunyai ruang kosong (bulat) ditengahnya.
Ada juga bentuk UFO yang "separa stealth" iaitu menampakkan bentuknya samada halimunan atau separa halimunan (umpama kaca yang tidak jernih).
Klip Video B - (model STS tidak diketahui)
Sebelum ini, saya pernah melihat klip video B ini dari video lain yang terdapat dalam Youtube. Malangnya, video yang dicari itu tidak dijumpai dan saya terpaksa menggunakan video yang lain. Beza video klip B ini dengan video yang dicari itu ialah adanya pengulas yang menerangkan secara terperinci kenapa UFO tersebut bergerak ke arah puting beliung dan gelagat pengemudi kamera yang terdapat dalam kapal angkasa STS yang membuat dua kali pengesahan dengan membuat beberapa ‘kamera zoom’.
Pada awal video ini kelihatan sebuah UFO yang bergerak menghampiri puting beliung (kelihatan juga petir sabung menyabung). UFO tersebut berhenti dan terapung secara statik sambil menyedut tenaga elektrik yang dijanakan oleh petir dan juga lapisan ionosphere. Kemudian, datang pula sebuah lagi UFO yang tiba-tiba muncul (dari halimunan/stealth kepada bentuk nyata pada minit 1:21) dan juga menyedut tenaga dari puting beliung tersebut, sambil STS bergerak menjauhi puting beliung. Untuk mengenali yang mana satu UFO dalam video tersebut ialah adanya lubang/bulatan di bahagian tengah kapal angkasa UFO itu. Pada minit ke 2:40, pengemudi kamera STS cuba untuk melihat semula kedudukan UFO yang pertama tadi dan hasilnya, UFO tersebut masih lagi statik di kawasan yang sama seperti pada mulanya. Dari pendapat beberapa maklumat tentang video ini, anggaran diameter bagi setiap UFO ialah lebih dari 1 batu, begitu juga dengan diameter UFO yang terdapat dalam klip video A.
Klip Video C - STS 48
Klip ini berkisarkan tentang sebuah kapal angkasa UFO yang berada berdekatan dengan lapisan atmosfera bumi. Diameter UFO tersebut dianggarkan 350 batu (563 km) dan bergerak dengan halaju 1,500bsj (2,414km/j) secara konsisten dalam satu laluan yang lurus. Tiba-tiba kelihatan pancaran cahaya seperti kilat (minit ke 00:26) dan dengan pantasnya UFO tersebut mengubah haluan dan memecut dengan kelajuan 7,000bsj (11,265km/j). Sebaik saja UFO itu memecut, kelihatan satu ‘tembakan’ cahaya yang berbentuk seperti sebuah komet yang berekor. Dikatakan bahawa, UFO tersebut cuba mengelak dari tembakan cahaya tersebut yang berasal dari stesen tentera atau NASA kepunyaan USA di darat. Ada yang mengatakan, tembakan cahaya tersebut ialah tembakan gelombang plasma/particle. Mungkin ada benarnya kerana saya belum lagi menjumpai sebarang artikel tentang benda atau objek yang bergerak dari darat bumi ke angkasa kecuali kapal/roket angkasa. Akan tetapi, objek (tembakan) tersebut sangat laju dan sudah tentu ia bukannya sebuah kapal/roket angkasa. Melainkan objek yang datangnya dari angkasa dan turun ke bumi seperti meteor dan asteroid serta satelit yang sudah usang dan kapal angkasa NASA atau Russia yang kembali ke bumi.
Klip Video D - STS 123
Klip video ini ialah klip yang terbaru boleh dijumpai di dalam Youtube iaitu bertarikh 26 Mac 2008. Sesuatu yang menarik tentang video ini ialah, pada awalnya kamera yang berada di dalam kapal angkasa STS 123 sedang statik menghala ke arah suatu kawasan di angkasa. Tompok-tompok cahaya yang terdapat itu mungkin merupakan cahaya dari bintang-bintang serta batuan angkasa yang bergerak secara konsisten dalam satu garis lurus. Batuan tersebut bercahaya disebabkan pantulan cahaya matahari iaitu mempunyai konsep yang sama dengan bulan yang bercahaya pada waktu malam. Akan tetapi, pada minit 00:19, tiba-tiba muncul sebuah UFO yang bergerak dari tengah ke bawah dan kemudiannya membuat belokan tajam untuk naik semula ke atas. Tidak ada sebarang objek di angkasa yang ‘berkelakuan’ sedemikian. Jadi, objek tersebut disyaki UFO. Kamera di dalam kapal angkasa STS 123 terbiar begitu saja kerana mungkin pengemudinya berehat sementara.
Kemudiannya, pengemudi kamera STS 123 terperasan tentang kemunculan UFO tersebut dan segera mengubah dan menghalanya ke bawah iaitu menghadap sayap kapal angkasa dan mengulas perkara yang entah apa-apa. Sesuatu yang memalukan bagi pihak NASA kerana cuba menyembunyikan satu maklumat yang berguna untuk tatapan ketamadunan manusia. Agak lama juga kamera tersebut dihalakan ke sayap kapal angkasa sehingga ke akhir video.
Klip Video E - STS 80
Dalam banyak-banyak video, klip inilah yang paling mendapat perhatian saya. Ianya dirakamkan oleh Scott Carpenter, angkasawan Mercury 7. Rakaman video bermula pada minit ke 01:12. Kelihatan atmosfera bumi dalam warna hitam putih. Pada awal rakaman video tersebut, kelihatan sebuah UFO separa-halimunan terbang melintasi kamera seolah-olah seperti hendak memasuki atmosfera. Kemudian, pada minit ke 01:30, muncul sebuah benda berbentuk bulat tapi agak kehitaman sedikit di tengah-tengah rakan video ini (sambil dibelakangnya kelihatan tahi bintang baru memasuki orbit bumi). Pada minit ke 01:43, muncul sebuah lagi benda berbentuk bulat yang kedua dan kehitaman dan seterusnya bagi benda bulat yang ketiga. Dari pengamatan saya, anggaran benda bulat kehitaman tersebut berjumlah 5 buah. Dan pada minit ke 02:24, kelima-lima benda bulat kehitaman itu bercahaya dan serentak dengan itu, sebuah UFO separa-halimunan muncul dan mengarah ke bahagian tengah sekumpulan 5 buah benda bulat itu. Kelima-lima benda bulat tersebut masih bercahaya walaupun kelihatan agak samar-samar sehingga ke akhir klip video ini.
Seolah-olah makhluk asing ini mempunyai teknologi yang cukup tinggi iaitu menggunakan kaedah "stargate/portal" untuk akses ke dunia manusia (dimensi 3D). Gambar 1 hingga 5 di bawah ini adalah screenshot penting yang saya ambil dari klip video ini.
Screenshot dari dokumentari "UFO: The Greatest Story Ever Denied" keluaran Dr. Steven Greer dan pertubuhannya iaitu DisclosureProject.org. Perhatikan terdapat sebuah UFO di skrin panel kawalan pusat program angkasa lepas dan petugas-petugas tersebut tidak mengambil endah kewujudan UFO ini seolah-olah ianya sudah menjadi perkara biasa. Atau sebenarnya, mereka sudah lama ada perhubungan dengan makhluk asing tapi disembunyikan dari pengetahuan umum? Wallahualam.
Pendapat saya:
Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?
- Al Anbiya ayat 30.
UFO mungkin merupakan:
sebuah kapal angkasa kendalian makhluk asing atau
makhluk bernyawa yang bergerak pantas seperti Rods atau
Jin
bukan manusia (kerana jasad manusia tidak boleh menampung lebih dari 16G-Force yang konsisten selama 1 minit)
Dunia makhluk asing saya rasa bukanlah dalam dunia tiga dimensi (3D) seperti dunia manusia, berkemungkinan dunia mereka ialah dari dimensi ke 4 dan ke atas. Sesuatu makhluk, apabila diciptakan untuk sesuai di satu-satu dimensi, mengambil contoh seperti manusia di alam 3D, boleh mengakses dimensi 3D dan ke bawah seperti dimensi 2D dan 1D, tapi tidak boleh mengakses ke dimensi 3D ke atas melainkan dengan bantuan spiritual/kerohanian. Bagi makhluk yang hidup di dimensi ke 4, mereka juga seperti manusia, iaitu boleh mengakses dimensi 4D dan ke bawah (3D, 2D dan 1D). Rajah 1 di bawah boleh menerangkan secara terperinci tentang akses antara dimensi ini (ianya juga dikenali sebagai plane of existence):
Sebenarnya, yang saya maksudkan dimensi ke 4 merupakan tempat tinggal makhluk asing, jin dan sebagainya hanyalah sebagai contoh sahaja dan bukan bermaksud ianya adalah benar (mungkin juga benar dan perlu dikaji lebih mendalam). Penerangan bagi rajah 1:
(A)
Dunia/Dimensi yang boleh diakses oleh manusia hanyalah dari dimensi ketiga (3D) dan ke bawah iaitu dimensi kedua (2D) dan pertama (1D).
(B)
Dunia/Dimensi yang berada di atas dunia manusia iaitu dimensi ketiga (3D) seperti dimensi keempat (4D), kelima (5D), keenam(6D) dan seterusnya hanya boleh diakses dengan kekuatan spiritual sahaja.
(C)
Dunia/Dimensi yang boleh diakses oleh makhluk selain manusia hanyalah dari dimensi ketiga (4D) dan ke bawah iaitu dimensi ketiga (3D), dimensi kedua (2D) dan pertama (1D).
(D)
Dunia/Dimensi yang berada di atas dunia makhluk selain manusia iaitu dimensi keempat (4D) seperti kelima (5D), keenam(6D) dan seterusnya hanya boleh diakses dengan kekuatan spiritual mereka sahaja.
Dimensi Pertama (1D) ialah seperti sebuah keretapi yang bergerak di landasan yang mempunyai dua titik pertemuan iaitu boleh bergerak ke hadapan dan ke belakang. Ia tidak boleh bergerak kekiri, kekanan, ke atas atau ke bawah.
Dimensi Kedua (2D) ialah seperti sebuah kapal layar yang bergerak di lautan yang mempunyai pergerakan ke hadapan, ke belakang, kekiri dan kekanan. Ia tidak boleh bergerak ke atas atau ke bawah.
Dimensi Ketiga (3D) ialah seperti sebuah kapal terbang yang terbang di udara yang mempunyai pergerakan ke hadapan, ke belakang, kekiri, kekanan, ke atas dan ke bawah.
Dimensi Keempat (4D) ialah dimensi seperti dimensi ketiga (3D) akan tetapi ia boleh merempuh ruang dan masa.
Jadi, oleh sebab itulah kemungkinan manusia bertembung dengan makhluk asing atau makhluk selain manusia amat sukar sekali kerana masing-masing berada dan hidup di dimensi yang berbeza. Makhluk selain manusia boleh datang ke dunia manusia (3D) disebabkan mereka boleh mengakses dimensi 4D dan ke bawah. Seperti manusia juga, sekiranya wujud kehidupan di dimensi kedua (2D) dan pertama (1D), maka manusia (sekiranya mengakses ke dunia mereka) dapat dilihat oleh makhluk di dimensi 2D dan 1D tapi mereka tidak boleh mengakses ke dunia manusia (3D). Mungkin juga disebabkan ini, manusia tidak dapat melihat bandar dan negara yang dibina di planet lain oleh makhluk asing (sekadar pendapat sahaja). Mereka ada dan kehidupan mereka sama saja seperti manusia (apabila manusia merenung ke tubuh jasad, jasad nampak wujud, begitulah jua dengan makhluk asing). Manakala makhluk di dimensi kedua dan pertama juga terbayang-bayangkan bagaimana jasad makhluk (manusia) di dimensi ketiga. Begitulah adanya.
Nota: Saya akan membuat beberapa penambahan dari masa ke semasa bagi artikel ini termasuk menceritakan tentang Project Blue Beam yang dikatakan dikelola oleh US di masa hadapan.
Saturn merupakan planet yang penuh dengan aktiviti gas-gas seperti hydrogen (96%), helium (3%), methane (0.4%), ammonia (0.01%), hydrogen deuteride (0.0.1%), ethane (0.0007%) dan banyak lagi. Apa yang anda lihat di dalam gambar ialah putaran kelompak awan gas yang terbentuk di kutub utara planet saturn tersebut. Soalnya, bagaimana wujud gumpalan gas yang berbentuk hexagon? Tambahan lagi, bagaimana hexagon tersebut seolah-olah terbentuk dengan "cantik"nya? Alam semulajadi mustahil dapat membentuk sesuatu geometri/bentuk/bucu yang bersegi, hanya boleh membentuk bulat, bujur, melengkung dan sebagainya. Manakala di kutub planet Saturn pula, alam semulajadi telah membentuk geometri/bentuk/bucu yang bersegi iaitu hexagon. Gambar-gambar ini diambil dari ‘robotic spacecraft’ (ianya bukan sebuah satelit biasa walaupun berbentuk seperti satelit) bernama Cassini Huygens yang dilancarkan pada tahun 15 Okt 1997 dan tiba di bulan planet Saturn yang terhampir iaitu Titan pada 14 Jan 2005.
Pada 19 Oktober 1989, kapal angkasa Atlantis telah dilancarkan ke angkasa dengan membawa bersama Galileo Space Probe. Sumber tenaga probe tersebut telah dijana menggunakan 17.2lbs (7.8kg) Plutonium 238. Pada 7 Disember 1995, Galileo telah sampai di planet Jupiter. Pada 21 September 2003, Galileo telah dimusnahkan (secara terkawal oleh pihak NASA) dengan cara menghentamkannya ke permukaan planet Jupiter dengan kelajuan 108,000 bsj (173,809 km/j). Kesan dari hentaman tersebut telah dilihat oleh ramai pengkaji astronomi kerana wujudnya tompok hitam pada 19 Oktober 2003. Tompok hitam tersebut dianggarkan berdiameter 7,900 batu (12,714km) iaitu hampir menyamai diameter Bumi (12,742km). Disebabkan tekanan ekstrem di atmosfera planet Jupiter yang mengandungi hidrogen, bom nuklear (plutonium 238) yang dibawa bersama Galileo telah menjadikan letupan berangkai.
Tsar Bomba (atau dikenali sebagai bom hidrogen) merupakan bom terbesar yang pernah diletupkan dalam sejarah manusia. Dianggarkan kekuatan bom ini bersamaan dengan 100 juta tan TNT. Asalnya, ia telah dicipta oleh Rusia pada tahun 1961. Kekuatan dan kemusnahan bom ini mampu menjangkau diamter hingga 2.8 batu (4.5 kilometer). Jadi, Galileo Probe yang membawa plutonium 238 seberat 7.8kg adalah bersamaan dengan 2,821 kali kekuatan Tsar Bomba.
Pada tanggal 15 Oktober 1997, probe yang sama seperti Galileo telah dilancarkan ke angkasa. Probe tersebut bernama Cassini Space Probe. Seperti Galileo yang mempunyai objektif (yang diketahui oleh orang awam) iaitu mengambil gambar dan membuat beberapa kajian tentang planet Jupiter, serupa juga dengan Cassini yang dicipta untuk menjelajah sekitar planet Saturn. Yang mengejutkan ialah, Cassini membawa hampir 5 kali ganda jisim Plutonium 238 yang dibawa oleh Galileo iaitu 72.3lbs (32.9kg). Berat jisim plutonium 238 yang dibawa oleh Cassini merupakan yang terberat pernah dibawa ke angkasa lepas. Pada 7 Julai 2008 (7/7/08) akan datang, Cassini dikatakan akan menerima nasib yang sama seperti Galileo iaitu akan dihentam (secara terkawal oleh NASA) ke permukaan planet Saturn. Ramai pakar telah berdebat tentang perkara ini iaitu kenapa Cassini harus membawa plutonium 238 seberat 32.9kg ini. NASA memberi alasan yang mengatakan bahawa, Saturn merupakan planet yang jauh sekali dari kedudukan matahari dan sekiranya menggunakan tenaga solar, kekuatan pancaran matahari tidak mampu menjanakan peralatan Cassini. Jadi, NASA perlu menggunakan tenaga nuklear iaitu plutonium 238 sebagai alternatif. Tarikh 7 Julai 2008 akan menyebabkan berlakunya letupan yang lebih kuat dari tompok hitam yang berlaku pada planet Jupiter. Dengan komposisi planet Saturn yang keseluruhannya mengandungi gas hidrogen, besar kemungkinan teori yang planet Saturn akan menjadi matahari kedua.
Sebenarnya, gambar geometri hexagon yang dibentuk oleh kumpulan awan hidrogen di kutub utara planet Saturn tersebut pada mulanya telah diambil oleh Voyager 1 Space Probe iaitu probe yang mempunyai tujuan dan keupayaan yang sama seperti Galileo dan Jupiter dan telah dilancarkan pada 5 September 1977. Voyager 1 dijanakan oleh RTG (Radioisotope Thermoelectric Generator) iaitu janakuasa nuklear skala kecil. Bezanya, Voyager 1 tidak menghentam mana-mana planet, masih berada di angkasa dan akan beroperasi sehingga tahun 2020. Voyager 1 telah mengambil gambar hexagon tersebut pada November 1980. Dan, Cassini telah membuat ‘pengesahan’ kali kedua tentang gambar hexagon tersebut pada tahun 2006.
Tidak seperti Galileo, Cassini dikatakan akan mengembara ke kutub utara planet Saturn dan menghentam geometri hexagon tersebut. Ada juga pendapat mengatakan bahawa Cassini bergerak menuju ke kutub selatan di mana wujudkan ‘lubang’ yang mengarah ke bahagian dalam planet Saturn. Bukti kepada wujudnya lubang tersebut ialah apabila NASA telah mengambil gambar kutub selatannya (dari Cassini) dan satu ‘ribut taufan’ yang besar telah wujud di sana. ‘Ribut’ tersebut berbentuk seperti Aurora yang terdapat di kutub-kutub di Bumi.
Apabila planet Saturn menjadi ‘matahari kedua’, kesannya kepada Bumi tidak diketahui. Teori mengatakan bahawa kekerapan sinaran radiasi akan mengenai Bumi yang mungkin akan berlanjutan selama beberapa minggu dan membunuh beberapa juta manusia. Sinaran ‘Matahari kedua’ akan kelihatan pada pandangan mata manusia 28 hari selepas Cassini menghentam planet Saturn.
Hexagon di planet Saturn dan meletupkannya dengan plutonium 238 yang dibawa oleh Cassini digelar Projek Lucifer. Jika dilihat dari bentuk hexagon tersebut, ianya serupa dengan Star of David yang terdapat pada bendera Israel serta hablur air salji. Saya mungkin akan membuat kajian terperinci tentang kelebihan bentuk hexagon ini dalam artikel yang berasingan di lain waktu. Projek Lucifer ini dikelolakan oleh NASA, dirancang oleh Illuminati (Freemason) bagi mengurangkan populasi manusia di bumi ini. Dengan berkurangannya populasi manusia, mereka senang mengawal kehidupan di bumi ini dan ‘resources’ untuk kegunaan setiap manusia yang tinggal akan menjadi banyak (sebagai contoh, sebelum ini mungkin sebuku roti harus dikongsi dengan 5 orang, dan selepas peristiwa ini, ‘resources’ akan menjadi banyak iaitu 5 buku roti untuk seorang manusia, jadi kononnya hidup manusia akan bertambah ’senang’, begitu juga dengan penggunaan sumber mineral seperti minyak, emas dan sebagainya). Akibat dari kepanasan melampau disebabkan wujudnya gabungan matahari utama dan matahari kedua (Saturn), kemungkinan banyak hidupan akan pupus, mati dan sebagainya. Hidupan yang merayap tidak dapat hidup kerana hidupan seperti tumbuh-tumbuhan menjadi layu dan tanah menjadi gersang dan kering kontang (rantaian makanan terputus). Air juga berkurangan. Makanan ruji seperti nasi, tepung gandum (roti) dan pelbagai jenis tepung yang lain akan mati. Manusia akan hidup di tempat yang betul-betul dapat memberikan perlindungan dari sinaran dua matahari ini. Gua merupakan tempat terbaik untuk berteduh. Aras laut akan meningkat berikutan dengan pencairan ais di kutub utara dan selatan. Daratan akan menjadi lautan dan akhirnya air menyejat. Sebahagian lapisan ozon di bumi mungkin lenyap. Sekali lagi, manusia bukan saja akan mencari tempat berteduh seperti gua, akan tetapi manusia juga akan mencari tempat yang lebih tinggi dari paras tanah yang biasa. Kekerapan perubahan cuaca mungkin juga berlaku. Berkemungkinan terdapat kelonggaran atau lebihan tarikan graviti pada ikatan sistem suria (sekadar hipotesis sahaja) kerana jarak antara bumi dan matahari, planet lain dalam sistem suria dengan matahari serta jarak sesama planet dalam sistem suria sudah celaru (seperti dua buah magnet yang mempunyai kutub dan kekuatan yang sama di letakkan secara berhadapan, ia mungkin akan kekal berjarak yang sama antara kutub U magnet A dengan kutub U magnet B tanpa melekat. Apabila salah satu dari magnet tersebut digantikan dengan magnet baru yang mempunyai kekuatan lebih sedikit, jarak antara kedua-dua magnet akan berjauhan). Mungkin inilah yang dikatakan antara tanda-tanda kiamat ialah 3 tahun bumi menjadi kering dan tandus (kemarau panjang). Termasuk pula krisis makanan yang menjadi-jadi saban hari ini.
Akibat peristiwa ini, Amerika yang terkenal dengan sifat kedajjalannya, akan membuat tawaran kepada manusia seperti:
We can provide you with shelter
We can provide you with food
We can provide you with security
Dari sini, akan terujilah tahap keimanan manusia samada mengikut jejak Dajjal atau Imam Mahdi. Orang-orang tua dan zaman dahulu selalu mengajar manusia supaya menganggap hidup ini hanyalah ilusi dan alam ini hanyalah alam maya/ilusi. Dalam Bahasa Melayu, sering dikaitkan ‘alam’ dan ‘maya’ menjadi ‘alam maya’, namun tidak ramai yang sedar perkaitan antara dua perkataan tersebut. Apabila kita ‘meninggalkan’ dunia ilusi, akan wujud ‘dunia’ sebenar. Dan juga, hidup ini hanyalah ilusi amat sesuai digunakan untuk perancangan umat Islam di akhir zaman ini. Sebenarnya, amat sukar untuk mengelak dari tawaran puak Dajjal ini walaupun mungkin ada sesetengah manusia yang beriya-iya mengatakan yang dia seorang yang ‘kalis’ dari tawaran Dajjal dan mempunyai jati diri yang kuat. Anda bayangkan situasi di mana anda mempunyai keimanan yang tinggi dapat mengelak dari tawaran Dajjal ini. Satu hari, anak anda pula yang menjadi tidak bermaya dan memerlukan makanan. Di saat itu, manusia mungkin akan/terpaksa juga meminta makanan dari Dajjal sebagai ‘on behalf’ kepada anak sendiri yang sedang kelaparan (tidak ada ibubapa yang sanggup melihat anak sendiri tidak bermaya kerana tidak cukup makan). Maka, bermula hari ini, kuatkanlah lagi jiwa anda dan semangat survival yang tinggi.
Contoh lakaran animasi setelah wujudnya ‘dua buah matahari’:
Akhir kata, sila perhatikan tarikh di antara 7 Julai 2008 dan 28 hari selepas tarikh tersebut. Penting sekali kerana ianya melibatkan pemerhatian kita terhadap tingkahlaku angkatan Dajjal yang akan melakukan operasi yang dilaknat Allah. Saya berharap agar artikel ini tidak benar kerana saya tidak suka melihat kematian dan kesengsaraan manusia di mana-mana di atas muka bumi ini hasil dari aktiviti-aktiviti angkatan Dajjal ini.