Oct
27
2008
0

Maaf, lama tak update blog.

Insyallah. Blog akan dikemaskini. Tapi sekarang, tgh modified theme baru untuk blog ni. So kalau ada masalah melayari blog, harap maaf. Dan seperkara lagi, mungkin 10 hingga 20 peratus dari kandungan blog ini akan mengandungi artikel personal dan traveling di masa akan datang kecuali politik (melainkan jika melibatkan future phenomena yang menghubungkaitkan peristiwa dunia dan negara kita atau sebaliknya).

Mungkin ada yang curious tentang pendirian blog ni. Jadi, di sini saya ingin menyatakan bahawa tujuan asal blog ini adalah berkenaan artikel out of the box, yang pelik-pelik dan macam-macam lagi yang susah mendapat ‘coverage’ dan interest di Malaysia, hanya bagi segelintir pembaca seperti kita sahaja. Dan sememangnya ditubuhkan bukan sebagai ‘port’ politik.

Sebenarnya, blog lama tak di update disebabkan saya dalam mood peralihan untuk menolak perlahan-lahan konspirasi barat yang AMAT meragukan (kecuali sedikit sebanyak tentang bab sejarah dunia). Dan sekiranya disentuh, saya akan cuba untuk mengulas dan memberi sebarang komen tentang isu-isu hangat yang sedang diperkatakan di dunia barat. Dalam dunia ni, sesuatu rahsia wujud hingga banyak layer. (Contoh) Apabila ada rahsia di layer 1 yang terbongkar, selepas itu ramai rasa letih untuk membongkar rahsia di layer 2 dan gembira kerana “at last, we found it!!”. Dari segi psikologi manusia memang begitu. Mungkin juga rahsia tersebut wujud sehingga layer 3 tapi ramai yang terlepas pandang akibat “at last, we found it”. Dan saya lebih berminat untuk membongkar layer 3.

Saya ucapkan terima kasih kepada anda semua kerana masih setia dengan blog yang tidak seberapa ini walaupun dah lama saya tak update kan. Teruskan bersama atasbawah.com!

Popularity: 23% [?]

Written by cz in: Blog Announcement |
Sep
27
2008
0

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Ku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada rakan-rakan yang sering berkunjung ke blog dan forum AtasBawah.com. Maaf zahir dan batin di atas segala kekurangan yang dihadapi di dalam pertuturan, perbuatan, pemikiran, syak wasangka, perbincangan dan sebagainya. Bagi yang pulang beraya di kampung, berhati-hati di jalan raya. Puasa mengajar kita bersabar, sabar itu separuh dari iman. Carilah yang separuh lagi untuk melengkapkannya menjadi satu.

Popularity: 34% [?]

Written by cz in: Blog Announcement |
Jul
12
2008
5

Perasmian Forum Atasbawah.com

 
Dengan nama Allah Yang Maha Perancang lagi Maha Mengetahui, dengan ini saya merasmikan Forum rasmi Atasbawah.com.
 
Layari ke: http://forum.atasbawah.com
 
Forum ini ditubuhkan atas cadangan beberapa rakan. Banyak lagi kandungan akan dimasukkan dari masa ke semasa oleh kita semua. Sama-sama kita menyumbang. Terima kasih.

Popularity: 50% [?]

Written by cz in: Blog Announcement |
May
12
2008
0

UPDATE: Artikel “Hexagon di planet Saturn”

Saya telah mengemaskini artikel bertajuk “Hexagon di planet Saturn“. Saya juga cadangkan agar anda melayari ke laman web rakan saya iaitu Aizverus, kerana kami juga sedang membincangkan perkara yang sama di alamat ini:

http://futurephenomenon.wordpress.com/2008/05/10/future-event-2008

Peristiwa akhir zaman makin hampir saudara-saudara sekalian.

Popularity: 13% [?]

Written by cz in: Blog Announcement |

Powered by WordPress | Aeros Theme | TheBuckmaker.com WordPress Themes