Jun
07
2008
5

Obelisk

Nota: Artikel ini adalah repost dari posting saya di Forum Cari (Tengah nak kumpul semula posting-posting lama untuk dimasukkan dalam blog ini).

Tahukah anda kenapa umat Islam wajib melontar batu di Jamratul Ula, Wusta dan Aqabah? Ini adalah kerana tiang tersebut merupakan sebuah "obelisk" hasil dari tiang yang menjadi simbol pemerintahan Firaun pada zaman dahulu. Dajjal dan tenteranya mengguna dan memanipulasi tenaga piramid (piramid pada hujung obelisk) dengan kaedah sains untuk tujuan yang jahat. Sebab itulah umat Islam wajib membaling batu di Jamratul sebagai tanda protes kepada manipulasi ini dan juga benci dengan iblis serta kejahatannya. Obelisk juga dikenali sebagai "cleopatra’s needle". Tidak ramai umat Islam yang memahami maksud simbolik kenapa perlunya membaling batu di Jamratul.

Semasa menunaikan Haji, umat Islam akan membaling batu sebanyak 7 kali dengan 7 biji batu dimulai dengan tertib di ketiga-tiga Jamratul bermula dari Jamratul Ula, Wusta dan Aqabah dengan niat:

Bismillah, Allahuakbar Rajman Lisyaitani wahizbih
(Dengan nama Allah, Tuhan Yang Maha Besar, aku melontar syaitan dan pengikut-pengikutnya)

 

"The obelisk symbolized the sun god Ra, or Re, and during the brief religious reformation of Akhenaten was said to be a petrified ray of the Aten, the sundisk. It was also thought that the god existed within the structure."

Obelisk diasaskan dari "Sun Pillar" seperti ini:

 

 

Bentuknya boleh digambarkan sebagai satu tiang yang bersegi empat dengan piramid kecil pada puncaknya. Obelisk pada zaman dahulu kala dibuat dari seketul batu yang diukir (monolith). Perkataan ‘obelisk’ berasal dari ketamadunan Greek. Obelisk yang berasal dari Egypt (semasa zaman Firaun) dan merupakan yang tertinggi sekali terletak di hadapan bangunan Basilica of St. John Lateran, Rome, Italy. Semasa zaman kegemilangan Constantinople, maharajanya iaitu Theodosius I bagi bahagian timur Turki, telah meletakkan sebuah obelisk di Hippodrome of Constantinople, Turki. Terdapat 28 lokasi yang terletaknya obelisk asal dari zaman Firaun iaitu di:

Egypt (8 buah):
  • Pharaoh Tuthmosis I, Karnak Temple, Luxor
  • Pharaoh Ramses II, Luxor Temple
  • Pharaoh Hatshepsut, Karnak Temple, Luxor
  • Pharaoh Senusret I, Heliopolis, Cairo
  • Pharaoh Ramses III, Luxor Museum
  • Pharaoh Ramses II, Gezira Island, Cairo, 20.4 m
  • Pharaoh Ramses II, Cairo International Airport, 16.97 m
  • Pharaoh Seti II, Karnak Temple, Luxor, 7 m
 
France (1 buah):
  • Pharaoh Ramses II, di Place de la Concorde, Paris
 
Israel (1 buah):
  • Caesarea obelisk
 
Italy (11 buah, termasuk sebuah yang terdapat di Vatican City):
  • 8 di Rome
  • Piazza del Duomo, Catania (Sicily)
  • Boboli Gardens (Florence)
  • Urbino
 
Poland (1 buah):
  • Ramses II, Poznan Archaeological Museum, Poznan (pinjaman dari Ägyptisches Museum und Papyrussammlung, Berlin)
 
Turkey (1 buah):
  • Pharaoh Tuthmosis III, in Square of Horses, Istanbul
 
United Kingdom (4 buah):
  • Pharaoh Tuthmosis III, "Cleopatra’s Needle", di Victoria Embankment, London
  • Pharaoh Amenhotep II, in the Oriental Museum, University of Durham
  • Pharaoh Ptolemy IX, Philae Obelisk, at Kingston Lacy, near Wimborne Minster, Dorset
  • Pharaoh Nectanebo II, British Museum, London
 
United States (1 buah):
  • Pharaoh Tuthmosis III, "Cleopatra’s Needle", di Central Park, New York

 

Ketamadunan yang terlibat dalam penggunaan obelisk ini ialah:

  • Egypt
  • Assyria
  • Axumite/Ethiopian
  • Ancient Roman
  • Byzantine
  • Keralian
  • Pre-Columbian

Obelisk aka Cleopatra’s Needle berdiri megah di:
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
SEMUA KEPERCAYAAN, GAYA HIDUP, PEMAHAMAN, BAWAAN, DAKWAH, MEDIA HIBURAN DAN SEBAGAINYA DARI BARAT IALAH HASIL DARI "SERAPAN" AGAMA PAGAN (PENYEMBAH BERHALA)

Popularity: 26% [?]

Apr
20
2008
0

Hyde Park, London dan simbol Freemason

Hyde Park, London (gambaran landskap asal):

 

Hyde Park, London (berserta lakaran simbol Freemason):

 

Simbol pertubuhan Freemason:

Popularity: 19% [?]

Written by cz in: Dunia, NWO, Penemuan |
Apr
20
2008
0

White House dan jalan raya Pentagram/Baphomet

White House (gambar asal, klik untuk besarkan):

 

White House (beserta lakaran pentagram, klik untuk besarkan):

 

Baphomet (gambar asal, klik untuk besarkan):

 

Baphomet (beserta lakaran pentagram, klik untuk besarkan):

 

Simbol Pentagram yang digunakan untuk pemujaaan syaitan:

Popularity: 21% [?]

Written by cz in: Dunia, NWO, Penemuan |
Mar
20
2008
0

Senibina Piramid Giza

Ada beberapa perihal yang menarik tentang senibina piramid di Giza dari segi ketepatan binaan. Soalnya, siapakah dan dari manakah asal-usul bangsa yang memerintah piramid ini dan masyarakat yang mendiami sekitarnya? Soal kedua pula, siapakah arkiteknya?
 
Gambar asal yang saya cekup dari Google Earth (klik untuk besarkan gambar):
 
1.jpg
 
Gambar yang telah saya "contengkan" sedikit. Lihat betapa tepatnya kedudukan kutub-kutub. Anda boleh bandingkan kedudukan kutub Utara yang saya gariskan dengan garisan merah dan juga kompas yang dibekalkan di dalam Google Earth (klik untuk besarkan gambar):
 
2.jpg
 
Kaitan Orion Belt (Bintang Utara) dengan senibina piramid
 

Saya tidaklah mahir sangat dalam menyukat kedudukan bintang, planet dan perihal constellation ini. Cuma, ada pendapat mengatakan bahawa binaan piramid adalah tepat dan menghala betul-betul ke kedudukan bintang utara ini apabila ia lalu di atas piramid ini. Bintang Utara ialah kombinasi tiga bintang penting iaitu dalam bahasa arabnya bernama Alnitak, Mintaka dan Alnilam. Mungkin anda agak keliru dengan maksud "tepat dan menghala betul-betul ke kedudukan bintang utara". Saya akan cuba huraikan dalam bentuk gambarajah "conteng" (maaf, saya sedikit lemah dalam grafik design).

Sekiranya anda berada di Lokasi B (rujuk Rajah 1.3) dan sedang mendongak ke langit, anda akan nampak Bintang Utara seperti di dalam Rajah 1.0 (imej yang biasa dilihat dari mata manusia). Rajah 1.1 pula ialah gambarajah yang saya "conteng" sedikit bagi menunjukkan bahawa garisan hijau dan merah tidak align antara satu sama lain.

 
 
 
Sekiranya anda berada pula di langit, iaitu lebih atas dari kedudukan Bintang Utara (Lokasi A, rujuk Rajah 1.3), anda akan dapat melihat kedudukan piramid seperti dalam Rajah 1.2. Perhatikan bahawa saya sengaja menandakan align dengan warna hijau dan merah. Ini bermakna, garisan merah di Rajah 1.1 adalah sama dengan garisan merah di Rajah 1.2 dan begitu juga dengan garisan hijau.
 
 
Rajah 1.3 pula ialah kedudukan Bintang Utara dengan kedudukan ketiga-tiga buah piramid tersebut yang telah saya "align"kan. Dengan ini, anda akan mula memahami gambaran yang dimaksudkan dengan "tepat dan menghala betul-betul ke dududukan bintang utara" tersebut. Jarak di antara puncak piramid A-B dan B-C bukanlah sama dengan jarak di antara bintang A-B dan B-C, struktur piramid ini hanya menyamai dari segi sudut condong dan kedudukan tapaknya sahaja (kiranya, struktur binaan piramid menyamai seperti sebuah miniatur tiga buah bintang tersebut).
 

Popularity: 24% [?]

Written by cz in: Forbidden Technology, Penemuan |

Powered by WordPress | Aeros Theme | TheBuckmaker.com WordPress Themes